
Assalammualaikum, W.B.T. dan Salam Sejahtera
Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua peringkat pengguna perpustakaan melalui penyediaan sistem maklumat yang mantap dan peningkatan kemahiran staf secara berterusan.Perpustakaan UiTM berfungsi sebagai salah satu bahagian yang:
1. Menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM bagi mendidik bumiputera menjadi seorang yang professional dan pra-profesional.
2. Mengumpul pelbagai koleksi bahan yang berkaitan dengan program yang ditawarkan.
3. Menyediakan kemudahan/perkhidmatan supaya bahan-bahan ini dapat digunakan secara maksima oleh semua pengguna.
4.Berusaha mewujudkan masyarakat kampus yang berbudaya membaca.
Berikutan itu pihak pengurusan perpustakaan telah menyediakan Piagam Pelanggan yang bersesuaian bagi memastikan perkhidamatan yang diberi adalah yang terbaik untuk pengguna perpustakaan. Pada masa ini perpustakaan diterajui oleh seorang Ketua Perpustakaan dan dibantu oleh dua orang Pustakawan serta dua belas orang staf sokongan.
