top of page

Perpustakaan UiTM Negeri Sembilan telah memulakan perkhidmatan pada 1hb. Jun 1999, dengan mengambil alih Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Kementerian Pertanian di Jalan Melang Kuala Pilah. Bertujuan memberi perkhidmatan Perpustakaan kepada kursus-kursus yang dijalankan di UiTM Negeri Sembilan.

 

 

 

Pada 2hb Jun 2009 Perpustakaan ini telah berpindah ke Kampus tetap di Parit Tinggi dan boleh menampung seramai 600 orang pengguna dalam satu masa. Perpustakaan ini juga menyediakan bilik seminar yang boleh menampung seramai 40 orang dalam satu masa. Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Negeri Sembilan merupakan gedung ilmu dan pusat sumber rujukan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan format rujukan yang berbeza untuk menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan pengguna.

© 2014 by My site name. Proudly created with Wix.com

bottom of page