
PERATURAN PINJAMAN MAJALAH
-
Pinjaman jurnal/majalah popular hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
-
Peminjam tidak dibenarkan membawa keluar bahan yang dipinjam daripada perpustakaan.
-
Pinjaman dan pemulangan dilakukan di Kaunter Majalah sahaja.
SUDUT IT
Di Sudut IT Perpustakaan Tun Abdul Razak Negeri Sembilan terdapat dua (2) buah makmal berkomputer disediakan bagi kemudahan para pelanggan kami. Setiap komputer boleh digunakan bagi kemudahan pengguna seperti mengakses internet, menaip tugasan akademik, dan pencarian bahan.Di sudut ini juga, disediakan satu (1) pencetak iaitu pencetak hitam putih bagi kemudahan pengguna. Bayaran yang akan dikenakan untuk sehelai adalah RM 0.30 sen.
Peraturan –peraturan menggunakan makmal komputer
-
Setiap 1 PC = 1 Pengguna = 1 jam sahaja.
-
Untuk mengguna PC pengguna perlu mendaftar di Kaunter.
-
Pengguna dilarang menyalahgunakan perkhidmatan yang disediakan dengan mengakses laman web selain tujuan akademik/ilmiah.
-
Pengguna dilarang memuat turut dan menyimpan apa-apa aplikasi/fail/dokumen pada komputer makmal.
-
Dilarang mengubah apa-apa jua 'setting' yang telah ditetapkan pada komputer makmal.
