top of page

PENGENALAN

Unit Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak Negeri Sembilan meliputi semua aktiviti pendidikan penggunaan, perkhidmatan rujukan, khidmat nasihat, aktiviti promosi, aktiviti penerbitan dan pemasaran perkhidmatan kepada pelanggan untuk mendapatkan bahan maklumat dan sumber rujukan.

 

Unit Perkhidmatan Maklumat turut menjalankan pemprosesan bahan. Bahan-bahan yang ditempatkan di Unit Perkhidmatan Maklumat merupakan Koleksi Intelek yang terdiri daripada cakera padat, kertas soalan peperiksaan (dalaman), penerbitan UiTM, laporan tahunan badan-badan kerajaan dan syarikat , buku-buku yang dicadangkan oleh pensyarah, projek pelajar dan tesis yang dihasilkan oleh pensyarah UiTM Negeri Sembilan.

ORIENTASI PERPUSTAKAAN

Orientasi / taklimat perpustakaan yang dijalankan adalah berbeza mengikut kategori pengguna. Sesi taklimat / orientasi untuk pelajar baru akan di tentukan tarikh dan masanya oleh Pustakawan Unit Perkhidmatan Maklumat dengan merujuk Jadual Kelas pelajar mengikut program. Kebiasaannya, tempoh masa yang diambil bagi mengendalikan sesi orientasi/taklimat perpustakaan adalah di antara satu jam ke satu jam setengah. Pustakawan Unit Perkhidmatan Maklumat dan Pembantu Perpustakaan adalah bertanggungjawab mengadakan taklimat untuk pelajar baru.

 

Orientasi yang asas diberi kepada pelajar baru sementara orientasi yang lebih menyeluruh diberi kepada kakitangan akademik. Bagi pelajar baru Diploma, taklimat yang diberikan lebih menekankan kepada cara penggunaan WebOPAC dan kaedah pencarian yang betul selain memberikan input tambahan berkaitan Perpustakaan (perkhidmatan & kemudahan yang disediakan), EQuips, EQPS (Electronic Question Papers System) dan lain-lain yang bersesuaian. Manakala bagi pelajar baru Ijazah, penekanan yang serius akan diberikan berkaitan tatacara penggunaan/pencarian bahan menggunakan Pangkalan Data Atas Talian yang dilanggan menerusi EzAccess serta kaedah alternatif dengan menggunakan enjin pencarian Google Scholar dan Pangkalan Data Bebas seperti Open Access Journal (AOJ).

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT

1. Modul teknik pencarian maklumat terdiri daripada :

 

  • OPAC/ Infoline/ WebOPAC – cari buku, majalah, jurnal bercetak, dll

  • Pangkalan Data Dalam Talian – EZaccess (carian artikel penuh, abstract, jurnal, tesis eletronik dll secara online sigle sign on)

  • Koleksi Digital – Exam paper (EQPS)

 

2. Pengguna akan diberi penerangan berkenaan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan

 

3. Pengguna boleh membuat temujanji samada melalui emel, telefon, mengisi borang – muat turun daripada website PTAR UiTM NS

 

4. Penerangan akan dijalankan secara dalam talian dan secara “hands on”

 KHIDMAT NASIHAT & RUJUKAN

Proses khidmat nasihat dan bimbingan dilakukan menerusi pelbagai medium antaranya secara bersemuka, telefon, faksimili, surat dan emel.

 

Perkhidmatan nasihat, rujukan dan bimbingan dijalankan untuk semua pelanggan Perpustakaan Tun Abdul Razak Negeri Sembilan. Khidmat nasihat dan rujukan merangkumi rujukan pantas, rujukan penyelidikan, nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar pencarian. Pustakawan dan staf di Unit Perkhidmatan Maklumat adalah bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan ini. Perkhidmatan nasihat dan rujukan dijalankan secara bersemuka, telefon, emel, faksmili dan sebagainya. Semua bentuk soalan dan masalah dicatatkan ke dalam borang yang telah disediakan.

 

  • Khidmat rujukan dan bimbingan perlu dirujuk kepada pustakawan

  • Rujukan cepat perlu dilayan secara spontan dan memberi jawapan secara terus (on the spot)

  • Jangkamasa rujukan penyelidikan adalah mengikut keadaan serta keperluan dan maklumbalas kepada penyelidik selewat-lewatnya 2 hari

  • Jangkamasa sesi temubual seorang atau satu kumpulan kecil pelanggan adalah mengikut keperluan

  • Rujukan yang melibatkan dasar/polisi PTAR mesti dirujuk kepada Ketua Perpustakaan Cawangan

Bersemuka

  • Merupakan suatu proses yang berlaku apabila pelanggan datang merujuk secara bersemuka (face to face) di Unit Perkhidmatan Maklumat.

  • Kehendak maklumat pengguna akan dipenuhi mengikut keperluan tugasan mereka.

  • Staf di Unit Perkhidmatan Maklumat menerima pertanyaan daripada pelajar, staf pentadbiran atau pensyarah.

  • Staf akan mengenalpasti sumber bahan yang bersesuaian.

  • Status bahan akan disemak di dalam katalog perpustakaan.

  • Pandu arah akan diberi setelah lokasi bahan dikenalpasti.

  • Staf Unit Perkhidmatan Maklumat akan menemani pengguna kearah peralatan atau lokasi jika diperlukan. Jika kakitangan terlibat kesuntukan masa untuk mendapatkan bahan maklumat yang diperlukan, mereka akan meminta bantuan daripada staf perpustakaan yang lain.

Telefon

  • Bantuan khidmat nasihat dan bimbingan menerusi panggilan telefon juga adalah sama dengan bantuan secara bersemuka. Bagaimanapun pemanggil akan diminta meninggalkan nombor telefon sekiranya mereka perlu dihubungi semula.

  • Segala bentuk bahan maklumat yang diminta perlu diperiksa keberadaannya samada di dalam katalog dalam talian atau di rak.

  • Setelah di pastikan, pengguna akan dihubungi semula untuk mengambil bahan yang diminta pada staf perkhidmatan maklumat.

  • Sekiranya bahan maklumat tersebut tidak dapat diserahkan pada waktu yang ditetapkan, ia akan ditinggalkan di kaunter peminjaman bahan dan pengguna akan diberitahu menerusi panggilan telefon.

Faksimili, surat dan emel

  • Staf akan memberi respon keatas setiap pertanyaan yang dikemukakan samada menerusi faksimili, surat atau emel.

  • Sebarang keperluan pelanggan yang menggunakan sebarang medium samada melalui faksimili, surat, emel, SMS dan sebagainya perlu dilayan.

  • Sekiranya maklumat yang lebih terperinci diperlukan oleh staf bagi mendapatkan bahan maklumat tersebut pelanggan diminta datang sendiri ke perpustakaan.

  • Kebiasaannya penggunaan internet dicadangkan sebagai respon kepada pengguna dengan membekalkan URL atau halaman web yang bersesuaian.

© 2014 by My site name. Proudly created with Wix.com

bottom of page