
UNIT PERKHIDMATAN MAKLUMAT
Unit Perkhidmatan Maklumat merupakan unit yang menyokong kepada proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dengan menyediakan sumber rujukan secara terhad (closed-access) dan meliputi semua aktiviti pendidikan pelanggan, perkhidmatan rujukan, khidmat nasihat, aktiviti promosi, aktiviti penerbitan dan pemasaran perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan bahan maklumat dan sumber rujukan.
Fungsi
-
Menyediakan perkhidmatan rujukan kepada pihak pengurusan, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan pelajar.
-
Mengumpul, menerima, menyusun atur dan mengendalikan sumber bahan maklumat (penerbitan UiTM, Laporan Tahunan Jabatan / Organisasi dalam dan luar) sama ada dalam bentuk bercetak dan bukan bercetak (Cakera padat).
-
Mempergiatkan promosi perkhidmatan maklumat kepada pelanggan sasaran iaitu warga UiTM.
-
Memastikan kakitangan yang terlatih dalam bidang perkhidmatan maklumat.
-
Memastikan pelanggan perpustakaan menerima perkhidmatan yang berkualiti secara konsisten.
-
Menjalankan program pengajaran (Kelas Kemahiran Maklumat / Taklimat Perpustakaan) mengikut keperluan pelanggan.
-
Menjadi institusi rujukan utama bagi warga universiti.
-
Menjalinkan kerjasama dengan institusi dan organisasi lain yang berkaitan dalam usaha memperbaiki perkhidmatan.
-
Mengurus Koleksi Akses Terhad / Khas / Intelek UiTM.