top of page

PINJAMAN

Syarat-syarat pinjaman

Hanya pelanggan yang berdaftar dan telah menghadiri sesi taklimat kemahiran perpustakaan di Perpustakaan UiTM dibenarkan untuk membuat pinjaman bahan. Pelanggan di kampus cawangan lain dibenarkan membuat rujukan di perpustakaan kampus UiTM. Pelanggan perpustakaan hanya dibenarkan membuat pinjaman buku yang berstatus rak terbuka (open shelf) sahaja.Pelanggan mestilah menggunakan kad keahlian untuk urusan pinjaman buku. Mereka yang tidak membawa kad keahlian tidak dibenarkan membuat sebarang pinjaman. Pelanggan perpustakaan tidak dibenarkan meminjam buku-buku rujukan kecuali dengan kebenaran Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi (UPPPK) atau Ketua Perpustakaan UiTM untuk tempoh 3 hari (waktu bekerja).Pelanggan mesti memastikan buku berada dalam keadaan baik dan dicop tarikh pemulangan (cop dakwat biru). Sekiranya buku rosak ketika di dalam pinjaman, pelanggan dikehendaki membuat laporan kerosakan dengan mengisi borang di kaunter (UPPPK) Laporan Kerosakan Buku dan bayaran RM20.00 dikenakan sebagai kos penjilidan semula.Pinjaman tidak dibenarkan sekiranya sistem ILMU gagal beroperasi (system down), kecuali melibatkan kes-kes tertentu sahaja seperti:

 

a) Pelanggan betul-betul dikenal pasti

b) Bahan tersebut amat diperlukan untuk tujuan pengajaran.

Jumlah Pinjaman Pengguna

PEMULANGAN BAHAN

Pelanggan perpustakaan mesti memulangkan sendiri buku yang dipinjam ke perpustakaan di mana pinjaman dibuat. Pemulangan buku boleh dilakukan terus ke kaunter utama perpustakaan.

Denda (Pelajar sahaja)

  • Denda dikenakan sebanyak 20 sen sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan.

  • Bayaran denda boleh dilakukan di kaunter utama perpustakaan.

Buku Hilang / Rosak

  • Setiap buku yang hilang perlu dilaporkan dengan segera di Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.

  • Bayaran yang akan dikenakan adalah mengikut harga bahan yang hilang serta RM 20.00 bayaran proses.

PEMBAHARUAN TARIKH PINJAMAN

Pembaharuan pinjaman boleh dibuat dengan syarat tiada orang lain yang menempahnya. Semua urusan dijalankan pada waktu pejabat. Sila bawa bahan yang ingin diperbaharui ke kaunter utama perpustakaan.

Pembaharuan Buku melalui Kaunter

  • Dibenarkan hanya sekali sahaja.

  • Pengguna lain tidak membuat tempahan.

  • Buku tiada lewat pemulangan.

Secara atas Talian

1. Layari Laman Sesawang PTAR UiTM Negeri Sembilan di (http://nsembilan.uitm.edu.my/library/)

 

2. Pilih dan klik PUiTM Malaysia pada laman sesawang tersebut.

 

3. Klik link my library.

 

4. Masukkan No ID pelajar pada (Patron ID) / staf, seterusnya masukkan No kad pengenalan pelajar / staf untuk (password) dan klik log in.

 

5. Nama pelajar / staf akan tertera di skrin, seterusnya klik My on-loan item pada skrin yang sama. 

 

6. Klik dalam kotak pada tajuk buku yang hendak diperbaharui tarikh pinjamannya, seterusnya klik renew pada skrin yang sama.

 

7. Tarikh buku yang telah diperbaharui akan tertera di skrin.

 

8. Tamat.

TEMPAHAN BAHAN

Staf dan pelajar boleh membuat tempahan buku melalui OPAC atau E-QUIP. Buku yang ditempah hendaklah dituntut dalam jangkamasa 7 hari dari tarikh pemulangan diruangbuku tempahan di Unit Perkhidmatan Pelanggan. Tempahan yang tidak dituntut dalam tempoh tersebut akan dibatalkan.

PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Pengenalan

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) telah dilancarkan pada 2 Jun 1998. Ia adalah satu sistem lanjutan daripada perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan. Melalui sistem ini anda boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan di perpustakaan/institusi anda. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan.

Tempoh Pinjaman

1. Tempoh pinjaman bagi sesuatu bahan ialah sebulan. Namun perpustakaan pembekal berhak mengurangkan tempoh pinjaman, sekiranya bahan tersebut diperlukan oleh pembaca lain.

 

2. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat bagi tempoh tidak melebihi 2 minggu jika bahan-bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain.

Permohonan Perkhidmatan SPP

1. Permohonan boleh dibuat melalui telefon, e-mel, faks atau datang sendiri ke perpustakaan pembekal dengan membawa bersama borang Permohonan SPP yang telah lengkap diisi.

 

2. Permohonan bahan-bahan yang tidak terdapat dalam negara, boleh dikemukakan kepada Pusat Penyelaras yang bertanggungjawab menghantar permohonan tersebut ke luar negara.

 

3. Semasa membuat permohonan SPP, butir-butir lengkap bibliografi hendaklah diisi seperti berikut:

 

  • Nama penuh pengarang

  • Judul bahan

  • Bilangan jilid

  • Tarikh penerbitan

  • Tempat terbitan

  • Edisi

  • Muka surat

Keselamatan Bahan

1. Mengembalikan semua bahan yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.

 

2. Memastikan kesemua bahan yang dipinjam berada dalam keadaan baik.

 

3. Membayar kos pembaikan atau penggantian bahan perpustakaan yang hilang/rosak.

TEMPAHAN BILIK PERBINCANGAN

1. Para pelajar boleh menggunakan bilik perbincangan yang disediakan.

 

2. Sekurang-sekurangnya enam (6) orang perlu ada kemudian barulah bilik perbincangan dibuka.

 

3. Tidak perlu untuk menempah untuk menggunakan bilik perbincangan. Pengguna haruslah merujuk terus ke kaunter utama perpustakaan untuk menggunakan bilik perbincangan.

© 2014 by My site name. Proudly created with Wix.com

bottom of page